Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2023

sambel kacang malay

Gambar
Done kuah kacang resepi arwah mertua Bahan 1)500 gram kacang tanah digoreng tanpa minyak sehingga garing dan masak.Kacau sentiasa  Bila dah garing angkat dan buang kulit Kemudian diblender separuh halus dan separuh kasar ATAU di tumbuk sederhana kasar.Saya tumbuk! 2)*10 ulas bawang merah kecil 3)*4 ulas bawang putih 4)*1 inci kunyit hidup 5)1 inci halia(diketuk) 6)4 batang serai(diketuk) 7)2 keping asam keping 8)3 cawan santan 9)3 senduk cili kisar 10)minyak masak 11)2 inci gula melaka 12)2 sudu gula pasir(nak manis sila tambah) 13)1 cawan air 14)sedikit garam Cara 1)Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda * 2)Panas kuali dan tumis bahan kisar,   cili kisar,halia dan serai.Masak hingga garing 3)Masukkan air dan asam keping dan biarkan mendidih 4)Kemudian masukkan santan diikuti kacang yang telah ditumbuk atau dikisar 5)Masukkan gula melaka,gula putih dan garam 6)Biarkan mendidih,sekali sekali dikacau.Jika pekat, tambah sedikit air 7)Masak hingga terbit minyak

sambal nasi lemak

Gambar
Alhamdulillah....ramai yg pm akak...Sambal Nasi Lemak yg di cuba menjadi....ada yg suka Sambal Gelap camni...Kita Geng #Moga ilmu ini dapat di menafaatkan Utk Keluarga tercinta.... #Terima kaseh kerana sudi belajar.. # Menuntut ilmu tiada penghujung nya..... #siapa yg dah cuba...boleh bagi 'feedback' thumbs up Akak tulis balik deh...agaknya ada yg terlepas pandang... SAMBAL BILIS- - Bawang besar 2 labu - Bawang putih- 3 ulas - Chili blend- dlm 2 senduk - Belacan- besar ibu jari - Air Asam Jawa- dlm 2 sudu - Nissang/Gula Merah/ Gula Melaka- 1 keping - kecik - Garam,Kiub Ayam(Optional)- secukup rasa - minyak utk menumis - Segengam Bilis- Optional klu nak blend (sb kekdg ada di antara kita tk suka bilis dlm Sambal) #Bawang besar,bwg putih - Blend CARA2- -Mcm biasa...tumis chili n bawang -Sambal ni...klu nak sedap...masak atas api yg sederhana hingga chili tu betul2 masak- tmbh air 3-4x...masak smpi chili bertukar gelap...pastikan api jgn kuat...nantikn hsngus dan pahit...